Laugh out loud

Welcome to this page

Everything start with a dream. Feel Lucky to read all the entries here..

StopGlobalWarming.org

28 February 2008

Vanilla makes MONEY

APA ITU VANILA?

Vanila adalah sejenis tumbuhan dari keluarga orkid yang berasal dari Mexico dan tumbuh subur di kawasan hutan tropika. Penduduk Mexico menggunakan buah vanila sebagai penyedap tembakau dan minuman coklat. Pada masa ini penggunaan buah vanila adalah untuk industri makanan, perubatan, wangian, kosmetik, cat, tayar dan sebagainya. Lebih dari 95% vanila yang digunakan di seluruh dunia pada masa ini adalah tiruan.

JENIS-JENIS VANILA BERNILAI TINGGI

  • Vanilla Planifolia Andrews

  • Vanilla Pompana Schieda

  • Vanilla Tahitensis J.W.Moore

EKOLOGI TANAMAN VANILA

  • Taburan hujan 1000-3000mm/tahun.

  • Keadaan suhu 23°C - 26°C.

  • Kelembapan 50 - 80 %.

  • Sinaran matahari 30 - 50 %.

  • Tanah loam yang mengandungi banyak bahan organik.

  • pH tanah 5.5 – 7.0

MORFOLOGI TANAMAN VANILA

  • Akar
    Terdapat tiga jenis akar:
    Akar Tanah
    Akar Pelekat
    Akar Gantung

  • Batang
    Batang Vanila boleh tumbuh sehingga mencapai 50m. Batang mepunyai ruas yang mana jarak antara ruas ialah 15cm.

  • Daun
    Vanila mempunyai daun tunggal yang berselang-seli. Daun tebal memanjang dan meruncing pada sebelah hujung dengan panjang 9 - 22cm dan lebar 3 - 7cm.

  • Bunga
    Vanila mengeluarkan bunga setahun sekali. Bunga Vanila ialah jenis hemaphrodite berwarna kuning kehijaun dan hanya akan mengembang selama satu hari jika pendebungan tidak dilakukan.


  • Buah
    Buah vanila berbentuk panjang tiga segi, bertangkai pendek dengan ukuran 8-25cm panjang dan 5-15mm diameter. Terdapat 20-25 buah per tandan dan buah akan matang dalam masa lapan bulan selepas pendebungaan.

KRITERIA KESESUAIAN TAPAK

  • Kawasan yang tidak dibanjiri

  • Mempunyai kemudahan asas seperti jalanraya dan sumber air

  • Kawasan tanah rata atau berbukit landai dan terdiri dari jenis tanah Peroi Alluvium

No comments: