Laugh out loud

Welcome to this page

Everything start with a dream. Feel Lucky to read all the entries here..

StopGlobalWarming.org

21 May 2008

Penanaman Terung (Solanum Melongena)- Varieti Baru

ARC-BJ-105 merupakan varieti yang telah diuji sepenuhnya resistan dengan layu bakteria (Pseudomonas solanacearum). Lebih daripada 10 pusingan tanaman, varieti ini mengeluarkan hasil tinggi dan saiz buah yang berkualiti untuk dimakan. Terung ARC-BJ-105 merupakan varieti yang dicadangkan untuk penanaman.
Terung merupakan salah satu sayuran buah yang digemari oleh penduduk Malaysia. Buahnya boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanggang. Banyak varieti terung terdapat di pasaran. Ada yang berbentuk panjang berwarna ungu, panjang berwarna putih, berbentuk bulat berwarna ungu gelap dan bulat berwarna putih. Biasanya, buah yang pankang mempunyai biji benih yang sedikit berbanding dengan yang berbentuk bulat.
Layu bakteria merupakan penyakit serius dan sebagai penghalang utama dalam penanaman terung. Varieti berhasil baik yang resistan kepada penyakit ini merupakan perkara utama bagi penanam sayur ini. Bagi membantu petani, Pegawai Penyelidik di Pusat Penyelidikan Pertanian Semongok telah menjalankan projek untuk memilih, menulen, menguji dan mencadangkan varieti yang sesuai ditanam di bawah kondisi tempatan. Variety ARC-BJ-105 merupakan hasil daripada kajian ini.
Ciri-ciri utama varieti ini adalah seperti berikut:
Ciri-ciri tanaman:
Ketinggian 133 cm Habit Tegak Batang & daun Hijau keunguan dan diliputi bulu halus
Ciri-ciri buah:
Warna Ungu gelap Isi Kehijauan Bentuk Memanjang Saiz 56.7 cm (P) x 3.4 cm (L) Berat 130 g Hasil buah 3 kg/pkk (lingkungan 2.7-3.4 kg/pkk) Hari berbunga 21 hari selepas mengubah Tuaian 40 hari selepas mengubah
PENGELUARAN TANAMAN
Bahan Tanaman
Terung tumbuh daripada biji benih. Isinya diambil dan dibersihkan biji benih daripada buah yang masak. Keringkan dalam suhu bilik. Biji benih yang telah dikeringkan dan disimpan dalam bekas kedap udara masih boleh digunakan dalam 3-4 bulan. s can be used as planting materials. Dried seeds in air-tight containers can remain viable for 3-4 months.
Semaian
Biji benuh boleh disemai terus di kebun atau ditanam di dalam polibeg terlebih dahulu. Bagi menyediakan anak benih, 2-3 biji benih ditanam dalam polibeg kecil (10 cm x 12 cm) dengan tanah atas. Biji benih yang telah bercambah disiram setiap hari dan diberikan beberapa butir baja pertumbuhan biasa. Selepas 4-5 minggu, ia boleh dipindahkan ke ladang.
Penyediaan Tanah
Terung paling baik ditanam ditanah yang bersaliran baik. Sediakan kawasan dengan membersihkans semua tumbuhan dan diikuti dengan pembajakan. Sediakan batas 70 cm lebar dan 20-30 cm tinggi dengan jarak 30 cm setiap batas. Berikan baja tahi ayam 10 t/ha, 1 t/ha dolomit dan 0.2 t/ha baja campuran 12:12:17:2+TE sebelum menanam.
Penanaman
Satu baris bagi setiap batas adalah dicadangkan. Bagi kedua-dua kaedah tanam terus atau dipindahkan daripada anak benih, jarak tanaman yang dicadangkan ialah 1m antara baris dan 0.5 m jarak dalam baris. Kepadatan tanaman ialah 13,300 pkk/ha. Sediakan teduhan sementara bagi anak pokok yang baru diubah ke ladang. Siram setiap hari bagi pertumbuhan awal pokok. Apabila tanaman telah tumbuh dengan baik, penyiraman sekali dalam 2 hari adalah memadai.
Pancang
Pancang adalah penting untuk memastikan batangnya tegak dan untuk mengelak pokok rosak akibat tiupan angi. Sekiranya ia tidak disokong oleh kayu pancang, pembuahan yang lebat juga boleh mematahkan dahan pokok.
Pembajaan
Baja campuran 12:12:17:TE at 0.2 t/ha diberikan sekali seminggu. Selepas pembungaan, kadar baja perlu ditingkatkan kepada 0.4 t/ha setiap 10 hari.
Kawalan Rumpai
Apabila pokoknya masih muda, merumpai secara manual selalu diamalkan. Apabila pokok telah mengeluarkan buah, racun herba lepas cambah boleh digunakan untuk mengawal rumpai. Kini, sungkupan plastik sering digunakan untuk mengawal rumpai dan kehilangan kelembapan.
Perosak dan Penyakit
Varieti ini adalah resistan dengan penyakit layu bakteria. Pengorek buah dan pucuk boleh dikawal dengan penyemburan racun serangga serap (cth: Rogor) atau pyrethroids (cth:. Kilsect).
Thrip merupakan perosak biasa bagi tanaman terung. Ia menyerang daun bermula dengan lubang kecil, daun menebal dan bahagian tepinya bergulung ke bawah. Thrip boleh dikawal dengan semburan Mesurol.
Penuaian
Buahnya boleh dituai 6 minggu selepas mengubah ke ladang atau 3 minggu selepas pembungaan. Penuaian dibuat setiap 3-4 hari. Buah perlu dipotong daripada tangkainya menggunakan pisau tajam atau sketeus. Buah terung ARC-BJ-105 berwarna ungu kehitaman dan kelihatan amat menarik. Hasail sebanyal 36-45 t/ha boleh diperolehi.

http://infopertanian.blogspot.com/2008/05/penanaman-terung-solanum-melongena.html

Sumber: SRO Lim Lee Lee & SRO Chai Chen Chong, Brinjal Variety ARC-BJ-105, Pusat Penyelidikan Pertanian Semongok, 2001
Sumber: http://www.doa.sarawak.gov.my/brinjal_bm.htm

No comments: