Laugh out loud

Welcome to this page

Everything start with a dream. Feel Lucky to read all the entries here..

StopGlobalWarming.org

19 March 2008

Penilaian Impak Sosial / Social Impact Assessment (SIA)

Penilaian Impak Sosial / Social Impact Assessment (SIA):

Penilaian Impak Sosial atau Social Impact Assessment (SIA) merupakan aspek kemanusian yang diambil kira dalam penilaian keseimbangan ekosistem persekitaran kerana ia merupakan sebahagian daripada komponen persekitaran. Manusia yang merupakan penghuni ekosistem persekitaran merupakan komponen alam paling penting kerana setiap perubahan yang berlaku ke atas ekosistem persekitaran akhirnya akan mempengaruhi kehidupan manusia. Keperluan bagi perlaksanaan SIA dalam sesuatu projek pembangunan atau penilaian impak ekosistem persekitaran amat penting bagi meastikan keseimbangan dan kesejahteraan serta kualiti hidup manusia akan terus terjamin dan lestari.

Definisi dan Konsep

Penggunaan istilah dan aplikasi pendekatan penilaian impak sosial dalam melihat keseimbangan ekosistem persekitaran pada peringkat awal banyak menimbulkan kekeliruan kerana setiap pengkaji atau penyelidik mempunyai pandangan dan persepektif kajian yang berbeza dalam menangani permasalahan ini.

Ada dikalangan pengkaji atau penulis yang melihat penilaian impak sosial sebagai penilaian impak sosio-ekonomi. Sementara sebahagian lagi menganggap SIA ini sebagai sebahagian daripada komponen dalam penilaian impak alam sekitar (EIA).

Walau bagaimanapun, ada pengkaji yang tidak setuju dengan pandangan ini, kerana mereka beranggapan bahawa SIA merupakan aspek yang perlu dilihat secara berasingan dari EIA kerana kehadiran atau penilaian SIA sebagai sebahagian daripada komponen dalam EIA dilihat sebagai satu penilaian yang terbatas dan terhad kepada penyelesaian yang tertentu sahaja. Perbincangan SIA dalam penyediaan EIA dilihat amat cetek dan terbatas. Ia tidak dapat menggambarkan keseluruhan kualiti hidup manusia yang terlibat dengan projek pembangunan yang melalui proses EIA dalam mencapai kesejahteraan ekosistem persekitaran secara umumnya.

Menurut Wolf (1974), SIA merupaka satu proses menganggar dan menilai keadaan sesuatu masyarakat apabila ia disusun dan diubah oleh penggunaan teknologi yang berskala besar.

Sementara Bowles (1981) menyatakan SIA sebagai sesuatu penilaian bersistematik terhadap impak ke atas kualiti hidup harian penduduk dan masyarakat apabila persekitaran mereka dikesani oleh pembangunan atau perubahan dasar berlaku.

Seterusnya Burdge dan Vanclay (1996) melihat impak sosial dan impak budaya sebagai dua perkara yang berbeza. Mereka menyatakan impak sosial sebagai semua akibat sosial dan budaya kepada penduduk yang merubah cara mereka hidup/tinggal, bekerja, bermain, berhubung antara satu sama lain, mengatur untuk memenuhi keperluan mereka dan bagaimana mereka menyesuaikan diri sebagai ahli masyarakat. Sementara bagi impak budaya, mereka membezakannya sebagai perubahan kepada norma, nilai dan kepercayaan masyarakat. Penilaian impak budaya dilihat sebagai sesuatu yang menjurus kepada kajian yang melihat kesan ke atas tinggalan arkeologi, tempat-tempat ibadat, kebudayaan, warisan dan sebagainya.

Definisi sebenar SIA umumnya tidak ada yang tepat dan betul kerana setiap pengkaji mempunyai pandangan dan perspektif yang berbeza. Ada di kalangan ahli politik melihat SIA sebagai alat politik bagi membuat sesuatu keputusan dan sesetangah pula melihat ia sebagai satu proses sosio-politik yang memudahkan proses rundingan di kalangan kumpulan yang berkepentingan.

Smith (1993) menyatakan bahawa aspek sosial, ekonomi, fizikal dan biologi persekitaran merupakan komponen yang saling berkaitan sehingga kajian atau penilaian impak yang dilakukan tidak seharusnya dilakukan secara berasingan, tetapi perlu dilakukan secara bersama dan saling berkaitan antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, penilaian ini dikenali sebagai penilaian impak total/menyeluruh.

Walaubagaimana pun, penilaian impak persekitaran dan sosial secara dasarnya saling berkongsi ciri iaitu;

Satu pendekatan proaktif
Satu usaha menjalankan penilaian berstruktur
Usaha menilai seobjektif mungkin
Usaha menilai sekomprehensif mungkin
Pertimbagan terhadap alternatif pembangunan
Menyediakan pernyataan impak yang tidak bias, padat dan jelas
Melibatkan pihak awam dalam proses perancangan dan membuat keputusan
Berpotensi tinggi ke arah mencapai matlamat pembangunan lestari

Dengan persamaan terhadap matlamat dan pendekatan yang luas antara EIA dan SIA, kedua-dua penilaian ini dilihat sebagai mempunyai kedudukan yang sama tetapi mempunyai penghujung yang bertentangan (Rajah).

EIA SIA
Biogeofizikal Sosioekonomi/budaya Objektif Subjektif


KOMPONEN PERSEKITARAN MANUSIA

Umumnya, persekitaran sosial terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu yang melibatkan komponen penduduk, sosio-ekonomi, kebudayaan, infrastruktur dan kemudahan serta aspek kemanusiaan lain.

Dalam Garispanduan Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar yang dikeluarkan oleh JAS Malaysia, komponen manusia utama dibahagikan kepada tiga sub-komponen, iaitu;

1. Kesihatan dan keselamatan.
q Keselamatan
q Kesihatan
q Kesejahteraan psikologi
q Penyakit parasit
q Penyakit berjangkit
q Penyakit fisiologi
2. Sosial dan ekonomi
q pendidikan
q pekerjaan
q perniagaan
q perumahan
q utiliti
q kemudahan

3. Estetika dan kebudayaan
q Bentuk bumi
q Keliaran
q Kualiti udara
q Kualiti air
q Perubahan iklim mikro
q Ketenangan
q Semangat komuniti
q Struktur komuniti
q Bangunan
q Tempat/struktur bersejarah
q Tempat ibadah
q Landskap
q Komposisi
q Bau

SKOP IMPAK SOSIO-EKONOMI

Terdapat beberapa perkara perlu dipertimbangkan dalam mengenalpasti impak sosio-ekonomi, di antaranya ialah;

Jenis impak
Tempoh
Cakupan ruang/zon impak
Taburan impak

Beberapa persoalan juga perlu dipertimbangkan, seperti soalan tentang aspek atau maklumat apa yang perlu diliputi, tempoh masa yang bagaimana untuk impak berlaku, dan di kawasan mana serta siapa yang akan terkena atau terlibat secara langsung dengan impak tersebut.

Jadual 1 memberi gambaran tentang perkara yang perlu difikirkan merangkumi persoalan utama dalam melihat atau kajian tentang impak sosio-ekonomi ini.

Jadual 1: Apa yang perlu diliputi? – Jenis impak sosio-ekonomi:

1. Impak langsung ekonomi
o Pekerjaan/gunatenaga tempatan dan bukan tempatan
o Ciri pekerja (terlatih, spara terlatih)
o Penawaran dan latihan pekerja
o Tingkat upah/gaji
2. Impak langsung ekonomi
o Perbelanjaan runcit pekerja
o Mengaitkan pembekal dengan pembangunan
o Tekanan pasaran pekerja

3. Demografi
o Perubahan saiz penduduk, sementara atau kekal
o Perubahan cirri kependudukan (saiz isirumah, tingkat pendapatan, kumpulan sosio-ekonomi)
o Pola petempatan
4. Perumahan
o Pelbagai bentuk penyewaan tempat tinggal
o Perumahan awam atau persendirian
o Harga rumah
o Pelbagai masalah perumahan
5. Perkhidmatan setempat:sector awam atau swasta
o Perkhidmatan pendidikan
o Perkhidmatan kesihatan, sokongan social
o Perkhidmatan lain – Polis, Bomba, rekreasi, pengangkutan
o Kewangan tempatan
6. Sosiobudaya
o Gaya hidup/kualiti hidup
o Masalah social-jenayah, penyakit, perceraian
o Tekanan dan konflik masyarakat, integrasi



Kesan langsung ekonomi biasanya mempunyai impak tidak langsung yang lebih luas. Justeru, kesan langsung pekerjaan yang dijana oleh sesuatu projek biasanya akan menjana pula perbelanjaan ke atas perkhidmatan setempat (peningkatan harga petrol, makanan dan minuman).

Nisbah antara pekerja tempatan dan bukan tempatan (pekerja asing seperti Indonesia, Bangladesh, Nepal, Filipina, Kemboja) bagi sesuatu projek pembangunan biasanya menjadi kunci penentu kepada kewujudan pelbagai impak berikutnya. Misalnya, suatu projek yang menggunakan ramai pekerja asing akan member implikasi besar kepada kependudukan setempat. Akan berlaku pertambahan penduduk dan masalah social lain.

Segi perubahan demografi – akan menimbulkan keperluan terhadap perumahan yang seterusnya akan member kesan kepada perkhidmatan dan infrastruktur setempat yang lain seperti perkhidmatan kesihatan dan pendidikan.

Persoalan berkaitan dengan ‘untuk tempoh masa bagaimana’ yang perlu dipertimbangkan dalam perlaksanaan SIA biasanya merujuk kepada perbezaan impak semasa pembinaan dengan operasi sesuatu projek.

Contohnya- projek utility utama seperti stesen jana kuasa atau empangan dan projek infrastruktur seperti pembinaan lebuhraya – biasanya akan menjana peluang pekerjaan yang banyak semasa pembinaan berbandingkan dengan keperluan tenaga kerja yang rendah semasa operasi.

Sementara bagi projek industry utama dan perkilangan – biasanya mempunyai tempoh masa pembinaan yang singkat dan memerlukan tenaga kerja yang secara relatifnya rendah (tidak ramai). Tetapi jenis perkhidmatan seperti ini biasanya memerlukan tenaga kerja yang tinggi (ramai) semasa operasinya (boleh memakan masa selama beberapa dekad).

Persoalan ‘kawasan yang perlu diliputi’ dalam SIA biasanya menimbulkan isu yang dipertikaikan iaitu dimana sempadan cakupan ruang atau zon pengaruh impak perlu ditentukan.

Dimana, sempadan boleh ditentukan mengikut anggaran zon impak. Misalnya pada peringkat pembinaan sesuatu projek besar, sempadan subwilayah atau wilayah boleh diambil kira kerana pekerja pembinaan biasanya sanggup bekerja bagi jangka pendek tetapi menerima upah yang baik @ tinggi.

Secara umum, amalan menentukan sempadan cakupan impak yang sering digunapakai di Malaysia ialah secara arbitarari 5km jejari dari tapak projek bagi projek tertumpu. Sementara bagi projek linear seperti penambakan laut atau pembangunan tebingan sungai, ialah 5km sepanjang tapak projek.

Persoalan ‘siapa akan menerima impak sosial’ amat penting dalam SIA. Pelbagai impak pembangunan akan dirasai atau tidak secara langsung atau tidak langsung. Lumrahnya, ada komuniti yang mendapat keuntungan tinggi atau langsung tidak member faedah atau manafaat.

Contohnya-pembangunan pelancongan di sesuatu Bandar atau tempat rekreasi dan bersejarah mungkin akan menguntungkan pihak pelawat atau pelancong ke tempat tersebut (menikmati keselesaan dan estetika dalam kehidupan biasa) dan juga menguntungkan pihak pengusaha pelancong. Tetapi kesan social dan ekonomi akan menjana tekanan ke atas pelbagai perkhidmatan yang digunakan oleh penduduk setempat.

KAJIAN GARISDASAR DALAM PENILAIAN IMPAK SOSIAL: KEPENDUDUKAN DAN EKONOMI.

Menentukan kedudukan garisdasar keadaan ekosistem persekitaran semasa merupakan langkah utama yang perlu dilakukan sebelum menilai impak sesuatu pembangunan projek.

Garisdasar ini perlu kerana impak sosioekonomi merupakan hasil interaksi di antara cirri-ciri projek atau tindakan pembangunan dengan cirri-ciri persekitaran. Peringkat awal, seorang penganalisis mesti mengumpulkan maklumat garisdasar bagi kedua-dua cirri sosioekonomi dan persekitaran.

Kependudukan:

Dari segi kependudukan, sebarang impak pembangunan ke atasnya akan bergantung kepada perubahan penduduk berbanding dengan saiz dan struktur penduduk semasa di dalam zon impak. Penentuan keadaan garisdasar kependudukan semasa seperti saiz, struktur umur dan jantina di dalam zon impak amat perlu dilakukan.

Sumber data penduduk paling berguna bagi kajian garisdasar kependudukan ini ialah Banci Penduduk yang dijalankan setiap 10 tahun sekali. Sumber ini boleh diperolehi dari Jabatan Statistik Malaysia.

Maklumat yang dibekalkan meliputi data peringkat mukim, majlis tempatan, darah dan negeri.

Sumber maklumat lain mengenai penduduk boleh didapati daripada:

Laporan Perangkaan Penting
Bank Data Negeri/Daerah
Laporan Penyiasatan Migrasi
Pelan Struktur/Laporan Penyiasatan

Sementara bagi maklumat yang tidak diterbit, langkah pengumpulan maklumat di lapangan boleh dicari daripada:

Laporan daripada Pejabat Daerah seperti Profil Daerah
Laporan daripada Pejabat Penghulu/Ketua Kampung, seperti daftar maklumat penduduk dan isirumah yang dikumpul.

Bagi maklumat terperinci – data dikumpul melalui kajian soalselidik yang mempunyai keadah pengendaliannya yang tersendiri. Misalnya pendekatan focus group dan temubual dengan responden utama seperti pemaju, pegawai perancang, wakil kumpulan berkepentingan dll.

Garisdasar Ekonomi.

Garisdasar ekonomi yang perlu dikumpulkan ialah mngenai cirri pasaran buruh/gunatenaga semasa dan yang dijangka, termasuk saiz tenaga kerja, struktur pekerjaan, pengangguran dan peluang pekerjaan yang belum diisi, kemahiran dan persediaan latihan.

Sumber data ekonomi boleh diperolehi daripada terbitan kerajaan seperti Banci Penduduk, Penyiasatan Ekonomi, Laporan Ekonomi atau sumber sekunder yang lain.

Maklumat ekonomi yang paling sukar didapati daripada sumber sekunder ialah mengenai pendapatan dan perbelanjaan isirumah.

RAMALAN IMPAK: KEPENDUDUKAN DAN EKONOMI.

Ramalan impak kependudukan:

Perkara penting yang diutamakan dalam ramalan impak kependudukan ini ialah tentang perubahan dari segi saiz dan struktur penduduk. Pertambahan penduduk biasanya berpunca daripada kemasukan pekerja dari luar dan ahli keluarga pekerja sekiranya dibawa masuk bersama. Antara perkara yang perlu dianggarkan ialah;

Jumlah pekerja yang masuk ke dalam zon impak
Proporsi pekerja luar yang membawa masuk ahli keluarga
Cirri-ciri keluarga ini dari segi saiz dan struktur umur

Penilaian impak ini perlu dibuat mengikut fasa projek iairu pada peringkat pembinaan dan pengoperasian.

Ramalan impak ekonomi.

Dalam meramal impak ekonomi, beberapa jenis impak dijangka tetap berlaku, iaitu kesan langsung, tidak langsung atau kesan perluasan.

Meramal impak sosioekonomi bukan merupakan satu kaedah pasti dengan berasaskan beberapa andaian seperti berkaitan dengan cirri pembangunan dan cirri kawasan setempat. Contohnya – keperluan pekerja semasa pembinaan dan operasi dibekalkan oleh pemaju; pengambilan pekerja tempatan digalakkan oleh pemaju dengan sasaran tertentu iaitu 30% atau 50%, dll.

Kesimpulan:

Impak sosioekonomi merupakan amalan atau kajian yang penting dalam proses EIA.

Penekanan terhadap SIA perlu diberi keutamaan kerana sering komponen manusia dan kesan sosioekonomi mendapat perhatian hambar daripada pelaksana dan penilai EIA (perunding).

Fenomena ini berlaku kerana penilai atau perunding EIA melihat komponen manusia sebagai persekitaran yang sukar dicerap dalam kajian ekosistem persekitaran dan dianggap bukan sebahagian daripada ekosistem persekitaran yang dianggap terdiri daripada alam sekitar fizikal dan biologi sahaja.

1 comment:

Vitamin Cergas MMK said...

waaauuuu..berguna utk assignment saya..thanks ye..bleh tau reference ak ape??