Cinta Itu Buta?
Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu
juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.
"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor
yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari
situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta
tersebut.
Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya
kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya
pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"............
Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu
memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari
kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas
dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais
dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan
menu lainnya.
Amin memberikannya
kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,
"Bau sudu yang ini sedap juga, seperti
habis diguna untuk makan ayam
bakar dengan sayur ulam dan sambal
belacan." Amin mengiyakan dan si
lelaki buta memesan makanan tersebut.
Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian.
Dia datang lebih awal ketika belum
ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang
boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat
nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan
sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati,
kamu usapkan sudu ini di
ketiak kamu"
"Apa-apa lah abang ni ?" tanya Yati tak faham.
"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setengah
memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan
menyerahkan kembali kepada Amin.
Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta
itupun menghidu sudu itu, dengan
mengernyitkan keningnya, lelaki buta
tersebut berkata, "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di
sini....... boleh saya jumpa dia"
Amin: ????????????????.(bengang)
Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa.....................
Pepatah yang dipatah
1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.
4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.
5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang
secara hutang)
6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.
7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)
8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)
11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.
12. Biar korek hidung jangan korek tabung.
13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.
15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......
16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.
19. Biar lambat asalkan perlahan.
20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....
21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.
22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri
24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....
25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.
26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.
27. Patah tumbuh, hilang report polis.
28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.
29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.
30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.
31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)
32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......
33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.
34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..
35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...
Materialistik
Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya.. sebuah
lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dgn kuat..
Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah
kemek itu.
Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang dari
mereka berkata, "Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan mata duitan. engkau hanya pentingkan harta dan tidak
pentingkan benda lain"
"Kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam lelaki itu menjawab..
"Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi?"
"Ya Tuhan!!", jerit si penguamcara tadi dengan kuat..
"Di mana jam tangan Rolex saya?!!"
Pak Pandir ke zoo
Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir terasa hendak buang air besar.
Oleh kerana tiada sesiapa bersama mereka, Pak Pandir terpaksa meninggalkan anak kecilnya di dalam kereta sorong itu bagi melepaskan hajatnya yang sudah tak dapat ditahan-tahannya lagi.
Setelah selesai menunaikan hajatnya, Pak Pandir kembali kepada anaknya di dalam kereta sorong itu.
"Hmmm...baik budak ni. Tak buat ragam pun." Pak Pandir pun terus menyambung lawatan mereka dengan konfidennya di zoo itu. Setelah itu mereka pun pulang ke rumah.
Sampai di rumah, dia terus mendapatkan Mak Andeh. "Baik betul anak kita ni, langsung tak menyusahkan saya", Pak Pandir memberitahu Mak Andeh dengan gembira. "Awak pergilah bawak dia mandi, mungkin dia nak berehat agaknya".
Mak Andeh pun menurut kata Pak Pandir itu. Sedang Pak Pandir berehat-rehat di ruang tamu, kedengaran Mak Andeh memanggil dari bilik air. "Bang, kenapa anak kita ni penuh bulu satu badan?"
Jawab Pak Pandir, "Ooohhh....itu tak hairan. Tadi di zoo lagi dahsyat. Saya lihat seekor gorila betina mendukung anaknya yang langsung tiada bulu. Rupa anaknya pula tak ubah seperti muka anak kita!"
30 April 2008
Geli Hati 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ko memang hebat...hasil karya yang telah mengalahkan hasil geografi itu sendiri..
Post a Comment